Tuesday, December 10, 2024
HomeLUAR NEGARAAnak Bakar Rumah, Berang Ayah Tidak Belikan Motosikal

Anak Bakar Rumah, Berang Ayah Tidak Belikan Motosikal

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 21 tahun, gagal mengawal emosinya apabila bertindak membakar rumah orang tuanya selepas ayahnya tidak menuruti permintaannya agar dibelikan sebuah motosikal.

Kejadian berlaku di Desa Gombang, Kecamatan Plumbon, Kabupaten Cirebon pada Selasa, 5 November lalu.

Insiden itu menyebabkan rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dan satu ruang tamu itu hampir musnah keseluruhannya.

Media tempatan melaporkan rumah yang terbakar itu dipercayai milik Junaidi warga setempat.

Mengesahkan kejadian itu Ketua Polis Depok, AKP Affandi mengakui kejadian berpunca daripada kegagalan ayah suspek membelikan motosikal seperti yang diminta olehnya.

“Ayah suspek (yang dikenali sebagai RJ) tidak membelikan motosikal itu kerana dia tidak memiliki wang,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Tambahnya lagi, “Suspek sempat bergaduh mulut dengan ayahnya pada malam hari, dan pagi kemudian dia membakar bilik belakang hingga terbakar satu rumah.”

Dalam pada itu jiran, Haris,23, mengaku panik dengan apa yang berlaku.

“Warga semua saling membantu memadamkan kebakaran, cuma kita hanya berhasil menyelamatkan rumah jiran-jiran yang lain,” katanya.

Dalam pada itu AKP Affandi juga mengesahkan bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden berkenaan.

“Suspek kini ditahan di balai polis Depok,” katanya lagi. -Agensi

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES