Anak Arwah Bella Dedah Suspek Sering Marah, Pukul Angkara Cemburu

0
192

Johor Bahru: “Ini pengakhiran yang mengecewakan dan tragis bagi Bella yang sebelum ini memang mahu memutuskan hubungan dengan lelaki itu, saya belum reda dengan pemergian arwah,” kata kakak kepada mangsa bunuh, Mira Sharmila, 32, atau Bella, Norisham Samsusah, 36.

Kerani sekolah itu berkata, ketiadaan adiknya itu suatu kehilangan besar buat keluarganya, terutama dua orang cahaya mata arwah.

Menurutnya, anak arwah termasuk Eusuf, 5, dan Maream, 2, masih bingung, bahkan anak arwah turut mengadu pengalaman pahit melihat ibu mereka dipukul teman lelakinya itu.

“Eusuf mengadu ibunya sering dipukul teman lelakinya ketika mereka keluar bersama-sama. Uncle (suspek) dulu selalu marah-marah mummy (panggilan anak Bella kepada ibunya).

“Dia (anak Bella) tanya kenapa mummy keluar kat TV (televisyen)? Mummy keluar dengan uncleuncle dah kena tangkap. Dia (anak Bella) panggil saya umi. Umi, kenapa mummy tak balik?

“Umi dah cakap (beritahu) dengan polis ke belum uncle pukul mummy? Dulu uncle selalu pukul-pukul mummy, anak dia cakap dengan saya. (Suspek) kenal dia orang kerana selalu keluar bersama (dia) marah dan minta tolong jangan pukul mummy, dia cerita kepada kami,” katanya ketika ditemui di Jabatan perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Norisham yang tinggal di Johor Bahru berkata, selepas ini dia akan menjaga anak sulung Bella itu termasuk adik perempuannya yang kini bersama pengasuh.

Menurutnya, sebelum kejadian arwah ada menyatakan hasrat untuk tinggal bersama-samanya di sini bermula musim cuti sekolah akan datang.

Ditanya sama ada keluarga dapat menerima jenazah Bella yang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, Norisham berkata, keluarganya masih belum reda lagi kerana kejadian itu berlaku dengan cepat.

“Pengakhiran sangat kecewa, ia sebab benda ni dah cakap pada hari pertama dan kedua, saya dah jangka lelaki itu (suspek) tahu sesuatu, cara dia cakap nampak menipu.

“Tapi last (terakhir) ini kami dapat (tahu pengakhiran begini)…tak apa dapat juga (temukan rangka),” katanya yang bersyukur dengan penemuan mayat adiknya.

Jenazah Bella dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat hari ini.

Hari ini, teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak itu, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan menyebabkan kematian Bella pada penghujung Disember lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa punca kematian Bella adalah disebabkan keretakan di bahagian tempurung kepala kesan hentakan objek tumpul.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here