Sunday, May 19, 2024
HomeHIBURANAmelia Lim Terima Hantaran Kopi Sharnaaz

Amelia Lim Terima Hantaran Kopi Sharnaaz

BERBUNGA-BUNGA wajah pelakon muda, Amelia Lim apabila menerima hantaran istimewa daripada aktor yang dikatakan paling rapat dengannya sekarang, siapa lagi kalau bukan Sharnaaz Ahmad.

Biarpun sibuk dengan urusan harian, aktor popular itu tidak lupa memberi kejutan kepada orang tersayang dengan menghantar kopi buat si gadis pujaan.

Bukan kirim menerusi penghantar makanan ya, tapi duda terhangat itu datang terus menunggu di depan pintu membuatkan Amelia tersenyum gembira.

Melalui tinjauan Kosmo, tidak hairan video momen manis yang dikongsi dalam aplikasi TikTok tersebut tular dan menerima pelbagai respons positif peminat.

Lebih manis apabila Sharnaaz sempat mengenyitkan mata buat Amelia. Amboi romantis dan prihatin sungguh mamu ya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Resit Pesanan Pizza Pelanggan Hina Islam, Polis Buka Kertas Siasatan

0
BAYAN LEPAS: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam. Ketua Polis Daerah...

CATEGORIES