Amelia Henderson Berjaya Rayuan, Hanya Perlu Bayar RM10,000

0
94
Foto: Vocket

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Aktres Amelia Henderson berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia perlu menjelaskan ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong berpuas hati bahawa pernyataan pelakon itu dalam laman Instagramnya tidak memfitnah A. Aida Production mahupun merujuk kepada syarikat produksi itu.

Ketika membacakan keputusan, beliau berkata, penyataan Amelia sekadar menjelaskan bahawa skrip drama itu tidak sesuai dengan beliau selain memberi komen bahawa karektor sebagai ‘Aira’ akan melukakan imejnya secara keseluruhan pada mata masyarakat dan peminat-peminatnya

Dalam prosiding secara dalam talian itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson diwakili peguam Mansheel Kaur dan Wan Nurliyana Abdul Rahman manakala peguam Ashmadi Othman mewakili syarikat produksi itu selaku responden.

Sebelum ini, aktres berusia 28 tahun itu memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd pada 18 April lalu.

Pada 28 Julai 2022, A Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama apabila pelakon itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama berkenaan.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A.Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, 53, dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.

Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here