Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANAmeera Khan, Jefri Nichol Pegang Tangan Pula

Ameera Khan, Jefri Nichol Pegang Tangan Pula

PETALING JAYA – Pempengaruh yang juga model Ameera Khan terus mencuri perhatian ramai apabila tular video memaparkan dia berpegangan tangan dengan pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol.

Perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan teka-teki mengenai status hubungan mereka yang sebelum ini didakwa bercinta.

Dalam video sama, tangan Ameera dipegang erat Jefri sebelum kedua-duanya tersenyum manis selepas disapa pemilik video tersebut.

Difahamkan, video tersebut dirakam ketika Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Kemudian, adik kepada selebriti popular Neelofa itu turut mengulang siar video tersebut dan mengakui gembira berada di sana.

“Gembira di sini,” katanya ringkas dalam InstaStory.

Bagaimanapun, ini bukan pertama kali gelagat mereka tular dan menjadi bualan ramai.

Terdahulu, Jefri berdepan kecaman selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita selain berlaku curang terhadap pasangannya.

Ameera dan Jefri pernah menyulam cinta namun hubungan mereka dikhabarkan putus di tengah jalan sekitar Oktober 2021 setelah wanita itu tidak lagi mengikuti Jefri dalam Instagram.

Namun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka dikhabarkan kembali bertaut selepas aktor itu menghubungi Ameera menerusi panggilan video.

Sebelum ini, tular satu rakaman video sesi siaran langsung Ameera memaklumkan dirinya lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana menganggap mereka lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES