Saturday, June 15, 2024
HomeHIBURANAmeer, Nurel Kini Bergelar Juara Hero Dewi Remaja 2023

Ameer, Nurel Kini Bergelar Juara Hero Dewi Remaja 2023

KUALA LUMPUR – Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 kini berakhir dengan menyaksikan Aiman Ameer diangkat sebagai juara Hero Remaja manakala gelaran Dewi menjadi milik si cantik, Nurel.

Kedua-dua juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan trofi pada pentas final Hero Dewi Remaja 2023 yang bersiaran secara langsung dari CIDB Convention Centre, KL, di sini sebentar tadi.

Berdasarkan Kosmo, hadiah kemenangan Hero Remaja disampaikan pemenang Hero Remaja edisi 2022, Mierul Aiman.

Manakala, Dewi Remaja edisi 2022 iaitu Tracie Sinidol pula memakaikan mahkota kemenangan dan selempang juara kepada Nurel.

Dua peserta yang turut menyerlah, Fitri dan Arabelle pula mendapat tempat kedua dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM7,000 berserta trofi.

Selain itu, Ameer turut dinobatkan sebagai Hero Inspirasi yang mendapat kontrak bernilai RM20,000 tajaan Yaya Empire.

Hadiah Dewi Inspirasi pula berpihak kepada Adrina yang turut mendapat kontrak bernilai RM20,000 tajaan Yaya Empire.

Selain itu, Razin Qidran pula dinobatkan sebagai pemenang kategori Hero Favourite.

Kategori Dewi Favourite pula jatuh ke tangan Nurel yang juga Juara Dewi 2023.

Dalam masa sama, Jay Iskandar dan Arrabelle membuat kejutan apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Best Chemistry Duo.

Menurut Kosmo, Program Hero Dewi Remaja 2023 menyaksikan 16 finalis yang berentap pada pusingan pertama.

Seterusnya, juri memilih empat orang peserta daripada Hero dan Dewi untuk beraksi pada pusingan akhir bagi merentap gelaran juara.

Peserta akhir malam kemuncak Hero Dewi Remaja 2023 diadili tiga juri profesional iaitu Scha Al Yahya, Datuk Aznil Nawawi dan Datuk Yusry Abd. Halim.

Rancangan yang dianjurkan Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro tersebut menampilkan selebriti Hawa Rizwana dan Fazziq Muqris selaku hos.

Pertandingan akhir turut diserikan dengan persembahan daripada barisan artis popular iaitu Aisha Retno dan Nadeera.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terbuka Australia: Lee Zii Jia Hampiri Ke Pentas Final

0
KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia hanya selangkah untuk mara ke pentas final pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia selepas melayakkan...

CATEGORIES