Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURAN‘Amboi, Meta Pun Nak Fitnah Saya Juga’

‘Amboi, Meta Pun Nak Fitnah Saya Juga’

PETALING JAYA – Ketika isu perceraiannya masih rancak menjadi bahan bualan, pelakon Nur Fazura mengalih perhatian ramai apabila meluahkan rasa terkilan apabila perkongsiannya tentang kekejaman Israel dialihkan oleh pihak Instagram.

Pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 41, itu berkata, perkara tersebut berlaku kerana perkongsian mengenai Israel itu telah melanggar polisi dan menggalakkan aktiviti seksual terhadap pengguna Instagram lain.

Bagi Fazura, dia merasakan sudah difitnah kerana tidak pernah berniat untuk melakukan perkara tidak bermoral tersebut sehingga hantaran berkenaan dialihkan di bahagian yang sukar untuk dicari pengguna lain.

“Amboi, Meta pun nak fitnah saya juga,” katanya ringkas dalam Instagram Story.

Menerusi perkongsian sama, Fazura turut memuat naik tangkap layar hantaran ‘diturunkan’ oleh Instagram iaitu mengenai kekejaman Israel yang berterusan menentang sifat kemanusian dengan melakukan jenayah terhadap penduduk Palestin ketika ini.

Meski begitu, pelakon filem Pisau Cukur itu tidak mengalah dan berterusan berkongsi tentang pergolakan di bumi Palestin dalam Instagramnya.

Sehingga kini, Fazura merupakan antara selebriti yang masih lantang dan aktif bersuara dalam media sosial dengan meneruskan solidariti terhadap Palestin.

Untuk info, Meta yang dipelopori Mark Zuckerberg merupakan sebuah organisasi yang mengawal kandungan dalam beberapa platform media sosial termasuk Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES