Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITAAmaran Hujan Berterusan Di Pantai Timur, Selatan Bermula Esok

Amaran Hujan Berterusan Di Pantai Timur, Selatan Bermula Esok

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda enam negeri bermula esok sehingga Ahad, 12 Januari ini.

Menurut MetMalaysia, amaran diberikan ke seluruh kawasan di Melaka dan Johor, manakala di Terengganu pula melibatkan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang pula, kawasan yang terkesan ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, serta Kuala Pilah, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan,” lapor MetMalaysia.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES