PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan sebanyak enam negeri bakal berdepan cuaca buruk pada sebelah petang hari ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Negeri Sembilan (Jelebu).
“Selain itu, turut terkesan beberapa kawasan di Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru), Sarawak (Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah dan Kapit (Song)).
“Cuaca buruk yang sama juga diramal tertumpu sekitar Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan),” kata MetMalaysia.
Tambah MetMalaysia, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang nanti. – KOSMO! ONLINE
Sumber: Kosmo