Aliran Trafik Mula Perlahan Ke Arah Pantai Timur

0
117
Foto: theSun

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu kota menghala ke arah Pantai Timur dilaporkan perlahan setakat jam 11 pagi ini.

Menurut laman rasmi X Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik bergerak perlahan ke arah Pantai Timur di kawasan sebelum plaza Tol Gombak dan dari Gombak ke Genting Sempah.

Dalam pada itu, katanya, laluan ‘Smartlane’ di beberapa lebuh raya utama turut diaktifkan hari ini.

“Antaranya ialah Lebuhraya PLUS (E2) iaitu dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (KM 280.0 – KM 276.0 arah Selatan);Lebuhraya PLUS (E1) dari R&R Rawang – Sungai Buaya (KM 439.5 – KM 435.5 arah Utara); Lebuhraya PLUS (E2) Kulai ke Senai (KM 27.0 – KM 19.0 arah Selatan); dan Lebuhraya PLUS (E1) dari Slim River ke Sungkai (KM367.3 – KM 354.0 arah Utara),” katanya.

LLM turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati ketika memandu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here