Aliran Trafik Dijangka Meningkat, Orang Ramai Rebut Peluang Tol Percuma

0
207
Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula Isnin.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di beberapa lebuh raya utama lancar.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.

“Namun, trafik bergerak sedikit perlahan sebelum memasuki terowong Genting Sempah di Lebuhraya KL – Karak (KLK),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here