Aliff Syukri Bengang Rumah Mewahnya Dituduh Seperti ‘Kedai Tomyam’

1
106
Foto: Bawang Rangers

Kuala Lumpur: Usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri, 37, berang dengan kenyataan seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya itu kelihatan murah berikutan susunan perabot dan perhiasan yang digunakan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meminta supaya individu yang dipercayai pereka hiasan dalaman itu tidak memetik namanya semata-mata untuk meraih perhatian ramai.

Menurut Aliff, setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza dalam aspek hiasan dalaman rumah.

“Sibuk pula nak komen rumah saya macam kedai tomyamlah, buruklah. Ini rumah saya, suka hati saya. Awak tak perlu nak sebut-sebut nama saya. Awak nak buat bisnes rekaan dalaman, awak buat. Tapi jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak,” tulisnya.

Sementara itu, Aliff menegaskan dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

“Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak bising-bising pasal awak, awak ni jenis terpaling pereka dalaman tau. Awak rasa rumah awak paling cantik, awak buat rumah paling cantik,” tulisnya lagi.

Aliff juga juga mendakwa individu terbabit tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.

“Awak tahu tak pereka dalaman saya ni antara yang terbaik di Malaysia dan pernah dapat anugerah. Rumah saya pun pernah disenarai pendek antara rumah yang memiliki rekaan dalaman tercantik di Malaysia.

“Awak tak perlu nak ‘kondem’ rumah saya tak cantik. Saya tak perlukan khidmat nasihat awak dan awak tak perlu sebut nama saya okay,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita yang dipercayai pereka dalaman memuat naik video di TikTok mendakwa rumah Aliff Syukri tidak memiliki rekaan dalaman yang mewah dan elegan.

Sumber: Harian Metro

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here