Tuesday, December 10, 2024
HomeHIBURANAlif Satar Enggan 'Terseret' Politik

Alif Satar Enggan ‘Terseret’ Politik

KETIKA ada individu lain mengejar populariti dengan cara menjual kontroversi, Alif Satar kekal dalam acuan meneruskan kerjaya seni tanpa terpalit sebarang kisah panas.

Lebih selesa fokus terhadap aktiviti bermanfaat berbanding mengejar perkara tidak perlu, maklum balas terhadap kempen Geng Subuh Macam Jumaat yang direalisasikan pada awal tahun ini dijadikan misi utama.

Bukan berharap namanya dijulang rentetan kejayaan program mengajak umat Islam mengimarahkan masjid, sebaliknya usaha berterusan tersebut dianggap sebagai tanggungjawab sosial.Tidak hairan selepas kempen Geng Subuh Macam Jumaat, ramai peminat  tertunggu-tunggu apa projek seterusnya pemilik nama lengkap Muhammad Alif Mohd. Satar yang sering membawa contoh baik dalam kehidupan seharian.Dipuji segenap lapisan, selebriti berusia 34 tahun mengakui memikul tekanan dalam bentuk positif untuk menjadi ‘role model’ atau suri teladan kepada masyarakat.

“Saya tak nafikan memang ada tekanan apabila ingin mengajak orang lain melakukan kebaikan tetapi tekanan yang saya maksudkan adalah dalam bentuk positif.

“Memang ini satu tanggungjawab berbeza dengan maju menunjukkan positiviti iaitu memberikan inspirasi kepada orang lain untuk ikut apa yang saya lakukan.

“Saya tahu orang nak contoh yang baik. Macam saya dahulu, tengok Datuk Seri Siti Nurhaliza, saya nak jadi macam beliau, jadi saya harap orang lain pun rasa begitu terhadap kerja kemasyarakatan saya,” katanya

Dalam masa sama, pelantun lagu Cukup Indah itu menolak sekiranya ditawarkan untuk menjadi wakil rakyat atas tiket sering memberikan sumbangan terhadap masyarakat.

“Saya bersihkan najis binatang sebelum ini pun orang puji, padahal itu adalah konten tunjuk kelakar sebab pelik ada kerbau tengah bandar.

“Sampai orang cakap, Alif boleh jadi Ahli Parlimen tetapi saya tidak mahu sebab nak sumbang kepada negara dengan cara sendiri.

“Dalam banyak cara lagi kita boleh sumbangkan kepada orang lain, antaranya sumbangan kepada ummah menerusi Geng Subuh,” ujarnya. Sering menerima pujian, Alif mendedahkan isterinya, Sha Dila mengambil keputusan menutup aplikasi Instagram bagi mengelak berlakunya perkara buruk, terutama bimbang terkena penyakit ain atau hasad dengki.

Sumber – KOSMO! ONLINE

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Shah Rukh Khan Tak Guna Orang Dalam

0
DIJULANG sehingga mengumpul jutaan peminat di luar negara, Raja Bollywood Shah Rukh Khan atau SRK sebenarnya contoh bintang dunia tidak punya seorang pun saudara...

CATEGORIES