Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANAli XPDC Penuhi Undangan Sehari Selepas Keluar Hospital

Ali XPDC Penuhi Undangan Sehari Selepas Keluar Hospital

DEMI memenuhi janji undangan, penyanyi Ali XPDC meminta kebenaran untuk keluar lebih awal selepas empat hari mendapatkan rawatan di Hospital Cyberjaya.

Jelas isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, ketika dibawa ke hospital pada 1 Disember lalu, doktor memaklumkan Ali atau nama penuhnya Mohd Ali Ismail perlu ditahan di wad untuk tempoh lima hari.

“Pada mulanya, doktor tidak benarkan kerana bimbang dia akan kembali sesak nafas, tetapi memandangkan keadaannya bertambah baik dan nampak segar sepanjang berada di wad, jadi akhirnya doktor izinkan untuk keluar.

“Selepas memenuhi undangan di Kunak, Sabah, suami kemudiannya ke Pulau Pinang pada Sabtu dan Ahad lalu kerana jemputan makan malam bersama beberapa ustaznya.

“Walaupun bimbang, suami maklumkan dia dalam keadaan baik sepanjang tempoh itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya punca sebenar Ali, 56, mengalami sesak nafas sebelum ini, Sharifah Azuwanna berkata, vokalis kumpulan XPDC itu menghadapi masalah paru-paru berair dan jantung bengkak.

Justeru, Ali perlu mendapatkan pemeriksaan susulan di Hospital Serdang selepas ini.

“Ketika dibawa ke hospital, suami pada mulanya dimasukkan ke zon kuning, tetapi ketika doktor memberikan rawatan, dia menjerit dan memaklumkan sukar bernafas.

“Jadi doktor pindahkan ke zon merah dan beri bantuan oksigen. Bagaimanapun hari kedua berada di wad, abang Ali nampak semakin sihat dan segar, sehinggakan boleh mandi sendiri.

“Jelas doktor, mungkin disebabkan kesukaran bernafas, jantungnya sedikit bengkak dan perlu jalani pemeriksaan susulan di Hospital Serdang selepas ini,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Liverpool Didakwa Dapat Bantuan Pengadil

0
LIVERPOOL – Pengurus Wolverhampton Wanderers, Vitor Pereira mengakui berang apabila pemain pertahanan Liverpool, Ibrahima Konate tidak dibuang padang ketika pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi...

CATEGORIES