Friday, February 7, 2025
HomeSUKANAl-Nassr Kecundang, Ronaldo Tersingkir Dari Liga Juara-Juara Asia

Al-Nassr Kecundang, Ronaldo Tersingkir Dari Liga Juara-Juara Asia

RIYADH: Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr tersingkir pada suku akhir Liga Juara-Juara Asia selepas kelab Liga Pro Saudi itu tumpas 3-1 menerusi penentuan penalti kepada Al-Ain dalam satu perlawanan menarik awal pagi tadi.

Al-Nassr berjaya mengatasi defisit 1-0 daripada aksi pertama sebelum menang 4-3 namun dengan perlawanan itu berakhir 4-4 secara agregat, pemain berdepan penentuan sepakan penalti yang mana Al-Ain berjaya memenanginya.

Pemain Al-Nassr kecewa selepas tumpas penentuan sepakan penalti di tangan Al-Ain pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara Asia di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto REUTERSFoto : REUTERS

Bintang import Al-Nassr, Miroslav Brozovic, Alex Telles dan Otavio semuanya gagal menyumbat gol menerusi sepakan penalti sekali gus membenarkan kelab dari Emiriah Arab Bersatu itu layak ke separuh akhir, yang mana mereka akan berdepan sama ada Al-Hilal atau Al-Ittihad – kedua-duanya dari Arab Saudi – bulan depan.

Penjaga gol Al-Ain, Khalid Eisa menebus persembahan buruknya apabila dia menyelamatkan penalti pembukaan Brozovic dan dengan Soufiane Rahimi, Kaku dan Sultan Al Shamsi menyempurnakan penalti mereka, kegagalan Otavio bermakna Al-Nassr tersingkir.

Rahimi, penjaring gol kemenangan Al-Ain pada suku akhir pertama, membantu pelawat menguasai dengan gol pada minit ke-28 dan ke-45 namun jaringan Abdulrahman Ghareeb pada minit kelima masa kecederaan babak pertama menghidupkan peluang Al-Nassr.

Foto : REUTERS

Rembatan leret Otavio disepak masuk ke pintu gol sendiri oleh Eisa enam minit selepas rehat dan Telles menyamakan kedudukan secara agregat 18 minit sebelum tamat dengan sepakan percuma leret yang melepasi deretan benteng lawan sebelum menewaskan Eisa.

Pemain Al-Nassr, Ayman Yahya dibuang padang kerana terjahan berbahaya terhadap Bandar Al-Ahbabi lapan minit pada masa tambahan dan seminit kemudian Al-Shamsi berasakan dia menjaringkan gol kemenangan apabila dia menggunakan kesempatan susulan kesilapan Raghid Najjar untuk merembat masuk.

Namun Ronaldo meledak gol menerusi sepakan penalti dengan berbaki dua minit selepas penyerang Portugal itu dijatuhkan oleh Saeed Jumaa dalam kotak penalti sekali gus memaksa penentuan penalti.

Ronaldo satu-satunya daripada empat pengambil sepakan penalti Al-Nassr yang berjaya menyempurnakan sepakannya ketika Al-Ain layak ke separuh akhir buat kali pertama sejak 2016.

– REUTERS

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Gurauan Berlebihan Boleh Buat Orang Tak Selesa’

0
BUKAN sekadar hidup dilingkungi populariti, golongan selebriti merupakan suri teladan yang seharusnya menjadi contoh baik kepada masyarakat menerusi perkongsian hal bermanfaat. Pelakon Scha Alyahya antara...

CATEGORIES