Tuesday, September 17, 2024
HomeLUAR NEGARAAkibat Madukan Suami, Seorang Wanita Maut Ditetak

Akibat Madukan Suami, Seorang Wanita Maut Ditetak

JAKARTA – Seorang suami di Probolinggo, wilayah Jawa Timur menetak isterinya menggunakan sabit kerana berang wanita itu berkahwin dengan lelaki lain meskipun masih bergelar isterinya yang sah, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Suspek dikenali sebagai Bambang, 40, turut dibantu anak lelakinya, Muhammad Nur, 20 untuk membunuh isterinya, A.

Berdasarkan Kosmo, dalam kejadian Jumaat lalu, suspek dan anaknya menghalang A di tengah jalan ketika dia  membonceng motosikal bersama suami baharunya.

Ketua Kampung Jrebeng yang dikenali sebagai  Ruslan berkata, Bambang dan Muhammad Nur menghalang motosikal tersebut di tengah jalan sebelum menghunus sabit dan menetak mangsa.

Wanita itu mengalami cedera parah di kepala, tangan dan leher selepas ditetak berulang kali dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah Ruslan, suspek dan mangsa memiliki dua orang anak dan mereka tidak tinggal sebumbung sejak tahun lepas.

“Sebelum ini, anak mangsa (Muhammad Nur) pernah membakar rumah ibunya,” ujar Ruslan.

Sementara itu, suspek mengaku  menyerang isterinya kerana berang ditinggalkan wanita itu sejak setahun lalu.

Menurut Bambang, isterinya berlaku curang kepadanya dengan mengahwini lelaki lain selepas meninggalkan dia dan anak-anak mereka.

“Mangsa ialah isteri saya. Saya dicurangi,” katanya.

Kes itu masih dalam siasatan polis.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kembalikan Semula UPSR, Ukur Keupayaan Sebenar Murid – Asyraf Wajdi

0
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bersetuju agar peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikembalikan. Menurut beliau, sistem penilaian...

CATEGORIES