Ajaran Sesat Popular, Ambil Tiga Dapur Boleh Naik Ke Langit

0
342
Foto: Kosmo

PETALING JAYA – Mungkin ramai yang masih mengingati kisah satu ajaran sesat yang popular sekitar awal 2000 berkenaan seorang lelaki tempatan yang mengakui dirinya adalah rasul.

Ajaran yang begitu popular di sekitar Lembah Kelang itu mencecah ribuan pengikut.

Melalui satu klip video terbaharu yang tular di media sosial ketika ini, seorang bekas pengikutnya mengakui ajaran tersebut ‘boleh naik ke langit’ jika mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan pemimpinnya.

Pengakuan yang dibuat oleh seorang lelaki itu menyatakan, syarat pertama pengikut ajaran itu adalah dengan memakai jeket kemudian perlu mengambil tiga dapur ganja yang telah disediakan di hadapan mereka.

“Macamana Nabi Mohammad boleh naik ke langit kita pun boleh. Syarat pertama pakai jeket, kemudian hisap tiga dapur ganja. Satu pusingan tiga dapur. Dah rasa ‘goyang’ tu kena berdiri di kawasan bukit.

“Banyak camputran ganja yang disediakan atas sekeping kertas surat khabar. Pusingan pertama dah saya rasa goyang dan sejuk. Memang naik ke atas la jawab dia,” dedahnya.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut mengakui agak pelik dengan ajaran tersebut, kemudian terus tinggalkan amalan terbabit pada kali pertama mencubanya.

“Saya tinggal, pusingan pertama pun dah rasa pelik. Tapi yang hairannya ramai pengikut,” katanya.

Terdahulu, pada Oktober 2009, Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan pemimpinnya dipenjara, didenda dan enam sebatan bersabit kes penyebaran ajaran sesat. Pada Mei 2016 dia dibebaskan.

Namun, ketua ajaran sesat itu kembali aktif menyebarkan ajaran yang diharamkan oleh fatwa pada 1991 ini telah ditahan bersama 16 pengikutnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor di tiga lokasi berasingan beberapa tahun yang lalu.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here