AirAsia Tawar ‘Free Seat’ Ke Chiang Mai, Jadikan Thailand Destinasi Pelancongan

0
117
Foto: Newsroom AirAsia

KUALA LUMPUR,  01 Mac 2024 – AirAsia meneruskan komitmennya untuk menyokong industri pelancongan serantau dengan melancarkan kempen “Takeover Thailand” sebagai destinasi perjalanan pilihan bagi pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Melalui kempen ini, AirAsia bekerjasama secara strategik dengan Tay Tawan, selebriti terkenal dari Thailand sebagai ‘Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia’ untuk menawarkan pengalaman perjalanan terbaik meneroka Thailand.

Kempen ini dilancarkan pada masa yang tepat, menawarkan udara dengan tambang berpatutan kepada pelancong di rantau ini.

Sempena pelancaran kempen ini, AirAsia menawarkan Tempat Duduk PERCUMA dari Kuala Lumpur ke Chiang Mai terhad untuk 72 jam mulai hari ini sehingga 3 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara sekarang dan 30 November 2024.

Para tetamu juga boleh menerokai destinasi lain seperti Krabi, Phuket, Hat Yai dan Bangkok dari Kuala Lumpur daripada RM99 untuk tambang termasuk perjalanan sehala.

“Kami berbesar hati untuk melancarkan kempen ini bagi menyokong pemulihan industri pelancongan serantau dan menghidupkan kembali keterujaan untuk meneroka dan mengunjungi keindahan Thailand di kalangan pelancong dari negara jiran kami.

Sebagai syarikat penerbangan yang menumpukan kepada rantau Asean, kempen ini mewakili komitmen AirAsia bagi mengekalkan hubungan dan budaya serantau.

Thailand terus menjadi destinasi popular bagi AirAsia, bagi sektor pelancongan, pendidikan dan mengunjungi orang tersayang.

Pada tahun 2023, kami telah menerbangkan lebih dari dua juta tetamu antara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dan berharap jumlahnya akan lebih meningkat pada tahun ini.

“Kami juga teruja untuk membawa pelancong dari Thailand terbang ke destinasi utama kami bagi merangsang permintaan perjalanan dua hala dan menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara yang bergantung kepada industri pelancongan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam.

Dalam masa yang sama, Duta Laluan AirAsia untuk Malaysia, Tay Tawan turut berbesar hati mewakili Thailand dan memainkan peranan dalam mempromosikan negara  untuk pelancong dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

” Dengan menghubungkan Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand, kita bukan sahaja dapat meningkatkan sektor pelancongan malah memperkukuhkan hubungan sesama negara. Jom lawati destinasi di Thailand bersama-sama saya dan AirAsia!,” menurut Tay.

Kempen “Takeover Thailand with Tay Tawan” telah dilancarkan secara rasmi di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, Malaysia hari ini dengan lebih daripada 1,000 peminatnya dari pelbagai negarA. Kempen ini akan berlangsung sehingga 22 September 2024.

Sumber: Newsroom AirAsia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here