Air Pam Jadi Keruh, Rupanya Mayat Bayi Dalam Pam Tandas Surau

0
164
Foto: Kosmo

HULU TERENGGANU – Seorang pekerja am tergamam menjumpai mayat bayi lelaki di dalam tangki pam tandas wanita Masjid Kampung Pasir Simpul di sini malam tadi.

Mayat bayi sempurna sifat terbabit ditemui pekerja am lelaki berusia 40-an berkenaan pada pukul 7 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pasir Simpul, Muhammad Mustaffa berkata, sewaktu kejadian, pekerja am terbabit sedang mencuci tandas wanita terbabit.

“Dia memberitahu mengesyaki sesuatu tidak kena apabila terhidu bau busuk selain air tangki tandas yang dipam berwarna keruh.

“Tangki tandas terbabit kemudiannya dibuka sebelum terkeluar salah satu tangan mayat bayi terbabit,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Pasir Simpul di sini hari ini.

Muhammad berkata, pekerja am terbabit yang terkejut telah memaklumkan penemuan mayat bayi lelaki berkenaan kepadanya.

Dia berkata, mereka kemudian melaporkan penemuan berkenaan kepada pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here