Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANAina Abdul Terus Jadi Pilihan Hati Peminat

Aina Abdul Terus Jadi Pilihan Hati Peminat

POPULARITI dan vokal yang dikecapi penyanyi Aina Abdul kini, tidak boleh dipertikaikan lagi.

Selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2024, Aina sekali lagi menjadi pilihan peminat apabila berjaya meraih hampir 30,000 undian secara individu dalam sesi undian versi media sosial Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) sekali gus memperkukuhkan statusnya sebagai antara bintang paling berpengaruh dalam pertandingan ini.

Sokongan luar biasa ini membuktikan betapa kuatnya pengaruh dan kepercayaan peminat terhadap bakat serta persembahan Aina di pentas AJL.

Namun, penting untuk ditegaskan bahawa undian ini hanya bertujuan untuk keseronokan dan tidak akan mempengaruhi keputusan sebenar di AJL39.

Undian ini adalah inisiatif untuk meningkatkan keterlibatan peminat dan merancakkan perbualan di media sosial menjelang acara kemuncak pada 16 Februari 2025.

Selain itu, Nadeera, yang tampil buat kali pertama di pentas AJL39, dijangka menjadi saingan terkuat dengan vokalnya yang mantap dan persembahan pasti mencuri tumpuan.

Kehebatan bakat Nadeera menjanjikan persaingan yang sengit di pentas AJL39, menjadikan acara tersebut lebih menarik untuk ditonton.

Malam kemuncak AJL39 akan berlangsung pada 16 Februari, bermula 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, memberikan peluang kepada peminat karya muzik tanah air di seluruh negara untuk menyaksikan persembahan hebat daripada 10 finalis terpilih.

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

EPL: Marmoush Mula Tunjuk Impak Hebat

0
MANCHESTER – Kemenangan besar 4-0 ke atas Newcastle United di Stadium Etihad malam kelmarin menyaksikan Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga...

CATEGORIES