Tuesday, February 18, 2025
HomeHIBURANAin Edruce Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Ain Edruce Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon Ain Edruce berkongsi khabar gembira mengenai dirinya kini hamil anak kedua selepas melalui episod duka keguguran awal tahun ini.

Sabar melalui ujian, Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce, 33, berkata dia amat bersyukur kerana dikurniakan rezeki baharu oleh Allah selepas melalui detik sukar.

“Alhamdulillah untuk rezeki ini. Awal tahun hari itu, aku sedih sangat waktu raya sebab gugur

“Tak pernah aku rasa sedih macam itu dalam hidup aku.

“Tapi Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk kami sekeluarga,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Bersama pengumuman tersebut, pengacara Melodi itu turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis ‘gender reveal’ yang diadakan.

Menariknya, seleksi foto tersebut jelas menampakkan perut Ain yang kian membesar sekali gus menambah keterujuaan peminat.

Berkongsi beberapa foto sekitar majlis ‘gender reveal’ yang diadakan.

Pun begitu, Ain tidak mendedahkan usia kandungan mahupun jantina bayi kepada khalayak.

“Doakan bayi Ain sihat, okey? Yang penting, Amirul bukan main gembira masa gender reveal, kenapa ya?,” kongsinya.

Pada April lalu, Ain pernah berkongsi pengalaman perit apabila mengalami pendarahan teruk yang menyebabkan keguguran kandungan keduanya.

Momen tersebut memberi kesan mendalam kepada Ain yang mengakui itu merupakan salah satu episod paling sedih dalam hidupnya.

Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga pada 2019. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia empat tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES