Ahmad Maslan Mahu Laksanakan Akaun KWSP Ketiga Untuk Pengeluaran Kecemasan

0
49
Foto: Sinar Harian

Kuala Lumpur: Akaun ketiga ataupun akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mula dilaksanakan pada April 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Pada bulan Februari 2024 akan diumumkan dividen bagi akaun KWSP dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai fleksibel akaun yang juga akaun nombor tiga.

“Organisasi yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai fleksibel akaun ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40, hari ini.

Beliau mengatakan Kementerian Kewangan sedang meneliti perkara itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024.

“Kami akan melaksanakannya tetapi perlu ada kaedah tertentu yang tidak terlalu menjejaskan pendapatan rakyat dan ia hanya boleh dikeluarkan waktu kecemasan.

“Apakah maksud kecemasan itu juga akan diperincikan kemudian. Jadi kita tahu bahawa RM145 bilion ringgit dikeluarkan melalui empat kali pengeluaran ketika Covid-19 dan selepas itu kerajaan buat keputusan tidak ada lagi pengeluaran,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad mengatakan masih terdapat desakan daripada pelbagai pihak untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP bagi tujuan kecemasan.

“Maka kami akan membuat formula baru iaitu akaun ketiga. Jadi perinciannya kemudianlah. Cadangannya bermula bulan April tahun depan,” tambahnya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here