Agong Bida Nombor Plat FFF 1 Bernilai RM1.75 Juta, Harap Dapat Bantu Rakyat

0
44
Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menyumbangkan sejumlah RM1.75 juta hasil dari bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas kepada kerajaan Persekutuan.

Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menyatakan harapannya agar sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membantu rakyat.

Menurut laporan tersebut dari Bernama, nombor plat kenderaan istimewa FFF 1 kini dimiliki oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah menawar dengan nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here