Sunday, January 26, 2025
HomeBERITAAGC Tolak Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan Batal Kes Abai Anak

AGC Tolak Permohonan Ibu Bapa Zayn Rayyan Batal Kes Abai Anak

PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan pasangan Zaim Ikhwan Zahari serta Ismanira Abdul Manaf bagi menarik balik pertuduhan mengabaikan anak mereka Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Perkara itu dimaklumkan, Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin pada sebutan semula kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Dr. Syahliza Warnoh.

Pada 13 Jun lalu, Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa dan mengaku tidak bersalah mengabaikan anak mereka.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka yang berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Medialah melaporkan pihak pembelaan telah mengemukakan representasi kepada AGC berhubung pertuduhan itu.

Representasi itu difailkan pada 19 November lalu yang mana ia supaya pihak AGC menyemak semula bagi menarik balik pertuduhan.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan selama tiga minggu berturut-turut pada 20 hingga 24 Januari, 3 hingga 7 Februari dan 17 hingga 21 Februari 2025 bagi perbicaraan kes itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES