Aedy Mengaku Tiada SPM, Bekerja Awal Sara keluarga

1
92
Foto: Berita Harian

 

Kuala Lumpur : Pelakon Aedy Ashraf, 30, menyifatkan tindakannya membuat pengakuan berhenti sekolah ketika tingkatan empat dan tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bukan untuk ‘dicontohi’ golongan remaja, termasuk menjadi sesuatu yang dibanggakannya.

Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi ketika ditemui berkata, keputusan dibuatnya kira-kira 14 tahun lalu itu bersebab, tetapi menuntut ilmu di dalam kehidupan sebenarnya tidak pernah berakhir.

“Apa yang saya dedahkan baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk mengajak golongan muda mencontohi apa yang sudah saya lakukan ketika berusia 16 tahun dulu apabila memilih berhenti sekolah dan tak ambil SPM.

“Bagi saya, menuntut ilmu sangat penting dalam hidup kita dan proses ini (belajar) tidak akan pernah berakhir. Cuma, situasi saya tidak bertuah pada ketika itu (remaja) kerana perlu bekerja bagi menyara keluarga.

Sumber: Harian Metro

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here