ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

0
48
Foto: Utusan

BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia jam 1.38 tengah hari tadi selepas lebih tiga minggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Menurut Iszuree, jenazah dijangka dikebumikan di Masjid Sungai Acheh, dekat sini jam 6 petang nanti.

Pada 1 Mei lalu, media melaporkan Nor Zamri, 56, yang mengalami komplikasi di bahagian perut pergi ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk menerima rawatan sebelum beliau dipindahkan ke HSJ.

Beliau kemudian ditidurkan selepas doktor mendapat kebenaran ahli keluarga.

Nor Zamri atau lebih dikenali YB Abang Zam mewakili suara penduduk Sungai Bakap selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose, selepas meraih 15,433 undi.

Nor Zamri menang dengan majoriti 1,563 undi.

Sumber: Buletin TV3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here