Thursday, April 25, 2024
HomeLUAR NEGARAAdam Canto, Pelakon X-Men Telah Pergi Buat Selamanya

Adam Canto, Pelakon X-Men Telah Pergi Buat Selamanya

LOS ANGELES: Artis ternama kelahiran Mexico, Adan Canto yang terkenal dengan wataknya dalam “X-Men: Days of Future Past” dan “Agent Game” serta siri TV “The Cleaning Lady” menghembuskan nafas terakhir pada Isnin.

Canto yang berusia 42 tahun meninggal dunia akibat kanser apendiks, kata ejen publisitinya, Jennifer Allen kepada The Associated Press.

Bintang yang menempa kemasyhuran di Hollywood itu juga memilih untuk merahsiakan diagnosisnya, kata Allen.

“Adan mempunyai semangat yang kental mendalam dan hanya segelintir sahaja yang tahu.
“Dia akan sangat dirindui oleh ramai orang,” yang hanya sedikit yang tahu.
Mereka yang melihatnya telah berubah selama-lamanya,” kata Allen dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Dilahirkan di Ciudad Acuña, Coahuila, Mexico dan dibesarkan di Texas, Canto memulakan kerjayanya pada usia 16 tahun, apabila dia berhijrah dari Mexico City untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi dan komposer.
Canto kemudiannya beralih mengejar peluang dalam dunia lakonan dan membuat kemunculan pertama dalam siri TV, Mexico 2009 “Estado de Gracia.”
Susulan drama bersiri itu, dia ditawarkan membintangi siri drama The Following yang turut dibintangi oleh Kevin Bacon.
Namun begitu, lakonan Canto yang melonjakkan popularitinya ialah watak ahli politik Aaron Shore dalam drama bersiri Designated Survivor yang disiarkan di Netflix.
Antara lakonan lain beliau ialah sebagai Rodrigo Lara Bonilla dalam Narcos dan “X-Men: Days of Future Past.”
Sepanjang hayatnya, Canto juga pernah bergelar pengarah bagi dua buah filem pendek.
Mendiang Canto juga memegang watak sebagai Armand Morales dalam “The Cleaning Lady” terbitan Fox yang masih lagi menjalani penggambaran musim ketiganya.
Namun begitu, dia tidak dapat meneruskan lakonannya kerana jatuh sakit.
Dalam kalangan rakan-rakannya, Canto dikenali sebagai lelaki yang sentiasa mengukir tersenyum lebar dan sangat cerita.
Aktor Kiefer Sutherland yang sama-sama membintangiDesignated Survivor bersama Canto turut berkongsi penghormatan megenai rakannya itu di halaman Instagramnya.
“Sepertinya, sejak akhir-akhir ini saya terpaksa membuat terlalu banyak catatan seperti ini, dan saya sangat-sangat berduka dengan pemergian Adan Canto. Dia seorang yang memiliki semangat luar biasa.
“Sebagai seorang pelakon, hasratnya untuk berjaya, menjadi hebat dan kemudian menjadi yang lebih baik, benar-benar mengagumkan dan dia akan sangat dirindui. Saya juga tumpeng bersedih dengan isterinya, Steph dan dua anaknya yang masih kecil.
“Adan, semoga awak berehat dengan tenang,” tulis Sutherland dalam kapsyen yang mengiringi gambar mereka berdua di set penggambaran.
Mendiang Canto meninggalkan isterinya, Stephanie Ann Canto dan dua orang anak, Roman Alder, 3, dan Eve Josephine, 18 bulan.
“Selamanya di hati saya Adan, sampai jumpa lagi,” tulis isterinya di akaun Instagramnya.
Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES