Friday, February 7, 2025
HomeHIBURAN'Ada Aku Kesah?' - Balas Sharifah Zarina Dikecam Nyanyian Umpama 'Tercekik Dawai'

‘Ada Aku Kesah?’ – Balas Sharifah Zarina Dikecam Nyanyian Umpama ‘Tercekik Dawai’

TIADA angin tiada ribut, nama Sharifah Zarina tiba-tiba meledak dalam media sosial selepas mendendangkan lagu Dawai pada konsert Ini Baru Bintang minggu lalu.

Semuanya bermula apabila ramai berpendapat penyanyi itu gagal mendendangkan lagu milik Fadhilan Intan itu dengan baik dan dikatakan sumbang.

Tidak cukup dengan itu, nyanyiannya untuk lagu Langit Ketujuh dalam acara sama turut dikecam ramai.

“Terasa roh sudah sampai langit ketujuh apabila dengar Sharifah Zarina nyanyi lagu Dawai, mungkin tak cukup latihan.

“Mungkin juga sebab dia gemuruh dan beri kesan pada nyanyian,” komen netizen.

Sedar dirinya dihujani dengan kecaman ramai, dia bagaimanapun tidak membalas dan mengambil pendekatan enggan menghiraukan segala komen negatif tersebut.

“Ada aku kisah?” katanya ringkas dalam sebuah video bagi menjawab semua kecaman ramai.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Permohonan UPUOnline Sesi 2025/2026 Dibuka Isnin Depan

0
PETALING JAYA – Permohonan kemasukan pelajar sesi akademik 2025/2026 melalui platform UPUOnline akan dibuka bermula 10 Februari hingga 14 Mac 2025 bagi Fasa Pertama. Kementerian...

CATEGORIES