Sunday, January 26, 2025
HomeSUKANACLE: JDT Belum Bersedia Mengaku Kalah

ACLE: JDT Belum Bersedia Mengaku Kalah

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio kecewa selepas pasukannya gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila terikat tanpa jaringan ketika berdepan Buriram United dalam aksi Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE), malam kelmarin.

Lebih buruk, Bidoglio juga terpaksa melupakan khidmat dua tonggak utama, Murilo Henrique dan Park Jun-heong dalam dua aksi terakhir ACLE setelah dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Buriram.

Keadaan ini pasti merencatkan perancangan JDT yang akan berdepan Central Coast Mariners di Australia pada 11 Februari diikuti aksi terakhir menentang kelab dari Korea Selatan, Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim.

Pengendali kelahiran Argentina itu juga turut kehilangan Juan Muniz yang digantung satu perlawanan susulan mengutip kad kuning ketiga dalam saingan peringkat kumpulan.

“Ketiadaan pemain ini pastinya memberi kesan kepada persembahan pasukan, namun JDT mempunyai skuad yang besar dan memiliki ramai pemain yang boleh mengisi kekosongan itu.

“Perjuangan Harimau Selatan dalam ACLE masih belum berakhir dan kita lagi boleh tersilap langkah bagi mengharungi dua aksi terakhir itu,” kata Bidoglio.

Sementara itu, tonggak pertahanan JDT, Eddy Israfilov yang turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan memuji rakan pasukan yang tidak hilang fokus ketika bermain dengan 10 pemain selain memberikan aksi terbaik sepanjang 90 minit permainan.

“Perjalanan JDT masih belum berakhir, kita ada dua perlawanan lagi dan perlu yakin bahawa kita mampu kembali bangkit mendapat sentuhan kemenangan,” ujarnya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Takut Kahwin Bimbang Tidak Boleh Beri Komitmen’

0
BIARPUN usia telah mencecah angka 39 tahun pelakon Adeline Tsen mengakui masih tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga. Kata Adeline atau nama sebenarnya, Adeline Anthony...

CATEGORIES