Thursday, April 25, 2024
HomeBERITAAbang Tak Mahu Mengaku Salah Cuba Rogol Adik

Abang Tak Mahu Mengaku Salah Cuba Rogol Adik

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap adik perempuannya berusia sembilan tahun pada Julai lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 18 tahun itu mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi di kediaman mereka di Masai di sini, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Siti Noraida Sulaiman.

Tertuduh yang masih bujang itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama kerana memasukkan jari ke kemaluan mangsa, yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat serta hukuman tambahan penjara tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam, lapor Berita Harian.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 21 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sheriff ‘Menang Besar’, Penonton Puas Hati Dengan ‘Plot Twist’

0
Penulis punya banyak perkara untuk dibentang tentang Sheriff arahan Syafiq Yusof dengan sedikit atau helaian muka surat terhad dalam ulasan filem minggu ini. Setakat tulisan ini diusaikan iaitu...

CATEGORIES