‘Abang Rambut Perang’ Terharu Terima Motosikal Baharu Dari Faisal

0
83

PETALING JAYA -“Saya tak jangka semua ini. Terima kasih banyak kepada Active Blast dan ‘Mickey’ (Faisal Halim) atas pemberian ini”.

Demikian kata, penyokong setia Harimau Malaya, Derrick Gan ketika menerima hadiah sebuah motosikal baharu daripada pemain sayap negara, Faisal dalam satu majlis ringkas, hari ini.

Menerusi video di Instagram Story Blast Active, memaparkan Faisal bersama penajanya Blast Active menyerahkan motosikal jenis LC135 kepada Derrick.

Pada masa sama, Faisal turut mengucapkan terima kasih kepada Derrick kerana sanggup menjual motosikalnya untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaysia di Piala Asia dekat Doha, Qatar.

“Saya sebagai duta daripada Blast, inilah duit permulaan awal saya dapat dari Blast Active, saya beli motor untuk awak. Saya sebagai pemain memang agak terharu, teruja dan agak sedih sebenarnya melihat awak menangis waktu kita (bertemu) dengan Korea hari itu.

“Jadi saya dah niat dengan Blast Active nak hadiahkan motor kepada awak. Inilah motor awak,” katanya.

Terdahulu, Kosmo, melaporkan Derrick, 30, tular di media sosial kerana sanggup menjual motosikalnya demi menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Korea Selatan di Piala Asia.

Derrick yang berasal dari Bandar Hilir, Melaka, mula tular apabila reaksinya menangis kegembiraan dirakam menerusi siaran langsung yang dipertontonkan kepada seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here