SUBANG JAYA – Kira-kira 338 premis dan 86 notis kompaun telah dikeluarkan kepada majikan yang melanggar Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dalam Ops Kesan yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, di sini, pada Februari lalu.
Pengarah Perkeso Selangor, Ismail Abi Hashim berkata, operasi yang disertai 27 anggota penguat kuasanya adalah sebagai simbol pihaknya komited dalam membela nasib pekerja.
Katanya, amaun kompaun keseluruhan adalah sebanyak RM43,000 yang mana RM25,500 bagi Akta 4 dan RM17,500 bagi Akta 800.
“Kesalahan yang sering dilakukan oleh majikan adalah gagal mendaftar dan mencarum pekerja atas alasan pekerja sementara tidak layak dicarumkan Perkeso.
“Selain itu, majikan dikompaun kerana tidak mencarum pekerja asing dengan alasan menunggu kelulusan pembaharuan permit kerja daripada Jabatan Imigresen (JIM), tiada masa untuk hadir ke pejabat Perkeso dan pelbagai alasan lain,” katanya dalam kenyataan Khamis lalu.
Sehubungan itu, beliau merayu majikan untuk hadir segera ke Pejabat Perkeso berhampiran untuk mendaftar perusahaan serta pekerja.
“Perkara ini adalah demi kebajikan pekerja dan waris terjamin tatkala berlaku kematian atau kemalangan di tempat kerja, pergi balik kerja, dalam urusan berkaitan pekerjaannya dan keilatan yang sekali gus manfaat tidak dapat disalurkan kepada yang berhak menerimanya.
“Kita turut menguar-uarkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri bagi yang bekerja sendiri serta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah untuk perlindungan Wanita,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menyeru pekerja tampil ke Pejabat Perkeso membuat semakan caruman dan jika bersabit kesalahan atas kegagalan mendaftar dan mencarum.
“Sekiranya bersabit kesalahan, majikan boleh didenda sampai RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-keduanya sekali,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Sumber: Kosmo
Dating is a truly joyful experience. Sometimes we lose sight of this truth in our search for the right Online dating site