Sunday, July 21, 2024
HomeBERITAOP Pasir Terus Melindungi Kepentingan Negara Daripada Ancaman Anasir Luar

OP Pasir Terus Melindungi Kepentingan Negara Daripada Ancaman Anasir Luar

SANDAKAN – Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled
bin Nordin bersama delegasi Kementerian Pertahanan telah mengadakan
Lawatan Kerja ke Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Operasi Padanan And Sipadan
Island Resort (Op PASIR) Sektor Bravo, Pulau Berhala, Sandakan, Sabah, hari ini.

Semasa lawatan tersebut, YB Menteri Pertahanan telah menerima taklimat yang
disampaikan oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (KATB 2), Brigedier
Jeneral Wan Edenin bin Wan Mahsin berkenaan tahap pengoperasian Op PASIR
yang dilaksanakan oleh ATB 2.

Operasi yang telah dilaksanakan sejak tahun 2002 ini bertujuan untuk melindungi
kedaulatan dan keutuhan Timur Sabah daripada sebarang bentuk ancaman
pencerobohan serta konflik.

YB Menteri Pertahanan turut berpeluang melihat dengan lebih jelas kesiagaan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar kawasan operasi, meninjau keadaan
keselamatan setempat dan bertemu dengan para pegawai dan anggota ATM yang
ditempatkan di sekitar Sandakan.

Kehadiran Pasukan ATM di Timur Sabah dilihat penting sebagai satu strategi
cegah rintang berpadu dalam melindungi kepentingan Negara daripada sebarang
ancaman oleh anasir luar, berpandukan tiga kawasan lapisan berpadu merangkumi
daratan, lautan dan udara.

Usaha ini berupaya meningkatkan keyakinan masyarakat setempat di samping
merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan, ekonomi dan sosial, selaras
dengan Tonggak Pertama Strategi Pertahanan Negara dalam Kertas Putih
Pertahanan (KPP) 2020 – 2030.

Semasa lawatan, YB Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan berupa
pembelian peralatan sukan dan rekreasi bernilai RM10,000 dari Yayasan Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) bagi kegunaan anggota beroperasi di
Op PASIR yang telah diserahkan kepada Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Wan
Edenin bin Wan Mahsin.

Sumbangan tersebut, antara lain bertujuan menzahirkan keprihatinan Kementerian
Pertahanan dan Kerajaan dalam menjaga kemaslahatan anggota ATM yang
melaksanakan operasi di samping memastikan moral anggota tentera sentiasa
berada di tahap yang tinggi.

Hadir sama semasa Lawatan Kerja ini adalah Ketua Staf Markas Angkatan Tentera
Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Ketua Staf Markas
Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman; dan
Pegawai-pegawai Kanan ATM serta warga ATM sekitar Sandakan.

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bukan Kali Pertama Budak Dilarikan Di Taman Ikan Emas

0
Kuala Selangor: Kemunculan sebuah Perodua Bezza berwarna hitam yang 'melarikan' kanak-kanak di sekitar Taman Ikan Emas, di sini, menimbulkan kebimbangan komuniti di kawasan itu. Terbaru,...

CATEGORIES