Friday, April 24, 2026
HomeBERITAOKU Rentung, 200 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Panjang Terbakar

OKU Rentung, 200 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Panjang Terbakar

JULAU, 29 September- Seorang lelaki Orang Kurang Upaya ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah panjang di Sungai Sejugam di Julau, Sarawak petang semalam.

Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Andy Alie, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai August Pasang, 49 tahun.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran rumah panjang 36 pintu itu pada pukul 4.26 petang semalam.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, sebuah jentera pemadam api bersama 13 anggota dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor diarah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran telah memusnahkan sepenuhnya rumah panjang struktur tidak kekal itu,”katanya.

Jelas Andu, punca kebakaran belum dapat dipastikan dan siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, seorang anggota bomba turut dilaporkan cedera semasa menjalankan operasi berkenaan.

Operasi tamat pukul 9:45 malam tadi.

Kebakaran tersebut menyebabkan hampir 200 orang penghuni tinggal sehelai sepinggang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kutipan Hasil 2025 Cecah RM203.991 Bilion

0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah apabila pertama kalinya melepasi paras RM200 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

CATEGORIES