Sunday, June 14, 2026
HomeLUAR NEGARAGara-Gara Kayuh Basikal Perlahan, 'Rider' Didenda RM8,751

Gara-Gara Kayuh Basikal Perlahan, ‘Rider’ Didenda RM8,751

SINGAPURA – Seorang penghantar makanan didenda sebanyak SG$2,500 (RM8,751) oleh sebuah mahkamah di Singapura setelah didapati bersalah menunggang basikal elektrik secara perlahan di hadapan sebuah bas, lapor laman berita Asiaone hari ini.

Lin Tianfa, 39, mengaku bersalah di bawah Akta Perlindungan Gangguan selepas melakukan kesalahan itu pada Februari lalu.

Disebabkan percaya bahawa pemandu bas tidak memberinya ruang yang cukup ketika memotong, Tianfa berhenti di sebelah kenderaan itu dan mengetuk tingkap ketika ia berhenti di lampu isyarat.

Walaupun mengetuk tiga kali, pemandu bas tidak mengendahkan Tianfa, sebaliknya terus bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Disebabkan berasa tidak senang dengan perkara itu, penghantar makanan tersebut sengaja mengayuh basikalnya dengan perlahan di hadapan bas tersebut.

Selepas pemandu bas berhenti di sebuah perhentian, Tianfa pergi kepadanya dan melemparkan kata-kata kesat.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES