Saturday, November 21, 2026
HomeHIBURANSaya Kasihankan Rohingya, Masalah Sebenar Adalah Kerajaan Myanmar – Rafidah Ibrahim

Saya Kasihankan Rohingya, Masalah Sebenar Adalah Kerajaan Myanmar – Rafidah Ibrahim

PETALING JAYA: Bekas pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim tampil meluahkan rasa kasihan terhadap komuniti pelarian Rohingya di negara ini.

Rafidah, 40, berkata, rakyat Palestin yang datang ke Malaysia juga akan mengalami situasi sama seperti Rohingya sekiranya mereka tiada pelajaran, pekerjaan dan tempat tinggal khusus.

“Pandangan kurang popular saya ialah saya kasihankan Rohingya. Kalau rakyat Palestin datang ke Malaysia tanpa pelajaran, tanpa pekerjaan dan tanpa tempat tinggal khusus, mereka pun akan jadi seperti Rohingya.

“Masalah sebenar adalah kerajaan Myanmar,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat sebilangan pengguna Threads menyokong kenyataan Rafidah kerana memahami kesukaran hidup golongan pelarian tanpa kemudahan asas itu.

“Saya setuju kerana kalau kita sendiri menjadi pelarian pun akan berlaku masalah sosial. Apabila tidak mendapat pendidikan dan tidak dibenarkan bekerja, apakah lagi pilihan untuk terus hidup selain berdepan masalah sosial,” tulis seorang pengguna Threads.

Pun begitu, ada juga segelintir warganet pula membantah pandangan tersebut dengan mendakwa golongan pelarian berkenaan sering menimbulkan masalah serta mengambil kesempatan di negara ini.

“Tidak perlu berasa kasihan kepada etnik Rohingya kerana mereka tiada adab dan pertimbangan akal yang wajar. Mereka memang sengaja mahu merosakkan negara orang serta menggunakan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai alasan untuk mencari kehidupan percuma di negara membangun,” komen seorang lagi netizen.

Untuk rekod, Rafidah mencipta nama selepas menjuarai pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene pada tahun 2007 dan membintangi beberapa drama popular seperti Kasih Alia.

Penglibatan Rafidah sebagai aktivis sosial bermula daripada kaitan peribadinya sebagai anak jati Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, sebelum berkembang kepada isu-isu komuniti, agama, dan hak bersuara di peringkat nasional

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

“Mandi Air Panas, Cermin Terus Berkabus! Ini Adalah Sebabnya”

0
KUALA LUMPUR – Pernahkah anda perasan cermin bilik mandi tiba-tiba menjadi berkabus selepas mandi menggunakan air panas? Keadaan ini menyebabkan permukaan cermin kelihatan putih...

CATEGORIES