Personaliti media sosial, Raf Yaakob mendakwa berdepan masalah melibatkan beberapa individu yang masih gagal melunaskan hutang kepadanya sejak sekian lama.
Menurut Raf atau nama lengkapnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, nilai hutang yang belum dibayar itu mencecah ratusan ribu ringgit.
“Boleh tak buka aib orang kalau dia melibatkan hutang? Dia, dia dan dia hutang saya. Ada yang belas ribu, ada yang puluh ribu dan ada yang ratus ribu.
“Bukti semua ada. Macam mana nak selesaikannya? Rasa nak viralkan sahaja. Tapi diri ini masih menahan dah bertahun. Tak tahu macam mana nak sabar lagi sebab apabila mereka tidak bayar, sangat memudaratkan hidup saya,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tampil memberikan pandangan mengenai tindakan sewajarnya yang boleh diambil Raf bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Ada antara mereka menasihatkan Raf supaya tidak terburu-buru mendedahkan perkara itu di media sosial, sebaliknya mendapatkan khidmat peguam dan mengambil tindakan undang-undang melalui proses yang betul.
“Jangan viral. Setel dengan lawyer dan civil suit. Make sure ada black and white. Saya percayakan kawan sampaikan bantu dia setup kedai lebih RM70k.. menyesal tak buat agreement dan hire lawyer. Tapi nak buat cmane. Yuran kebodohan percayakan kawan sekolah.
“Lantik lawyer yang betul-betul mahir bawa ke mahkamah.. Secara tak langsung akan keluar kat news. Hire lawyer perlu belanja besar tetapi jika pasti menang boleh cover balik.
“Jangan viral, takut backfire. Mulakan proses yang betul, tuntut di mahkamah.
“Masalah orang sekarang, dorang tak takut dengan undang-undang, dorang lagi takut hilang air muka. So faham kalau kadang-kadang tindakan nak viralkan tu kita boleh terfikir.
“Kalau memang dia tkde inisiatif untuk bayar hutang, memang patut viralkan je,” komen netizen.
Sumber – Gempak





