Wednesday, November 11, 2026
HomeHIBURANTulus, Cakra Khan Antara Bintang Bakal Gegarkan Ruang Nyaman Fest 14 November...

Tulus, Cakra Khan Antara Bintang Bakal Gegarkan Ruang Nyaman Fest 14 November Ini

KUALA LUMPUR – Festival muzik indoor premium, Ruang Nyaman Fest bakal menghimpunkan barisan penyanyi popular Indonesia dan Malaysia menerusi sebuah persembahan istimewa di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 14 November ini.

Dianjurkan oleh Thrive Events, festival berkenaan menampilkan konsep berbeza dengan menawarkan pengalaman menikmati persembahan muzik dalam suasana tertutup, lebih selesa dan eksklusif.

Antara artis yang bakal membuat persembahan ialah Cakra Khan, Sammy Simorangkir, Idgitaf, Kaleb J, Pusakata dan penyanyi tempatan, Najmi Niery.

Turut mencuri perhatian ialah penyertaan penyanyi Indonesia, Tulus yang disenaraikan dalam promosi terbaharu festival berkenaan.

Menariknya, Ruang Nyaman Fest mengetengahkan konsep yang membolehkan peminat menikmati beberapa persembahan utama menerusi satu tiket tanpa perlu menghadiri konsert berasingan.

Pengasas Ruang Nyaman Fest, Haqimi Zamri sebelum ini berkata, penganjuran festival itu bertujuan memberikan pengalaman muzik berbeza dengan pemilihan artis berdasarkan kekuatan karya, identiti dan kualiti persembahan masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Events, Hamka Mohd Taufik berkata, festival berkenaan menawarkan nilai tambah kepada peminat menerusi gabungan persembahan artis dalam satu acara dengan harga tiket yang lebih mesra peminat.

Konsep indoor turut memberikan keselesaan kepada pengunjung selain membolehkan mereka menikmati persembahan tanpa perlu bimbang tentang faktor cuaca.

Ruang Nyaman Fest dijadualkan bermula pada pukul 2 petang dengan pintu venue dijangka dibuka seawal pukul 1 tengah hari.

Screenshot

Tiket ditawarkan menerusi beberapa kategori iaitu Adinda, Nanti, Dia, Dekati, Mengudara, Cahaya dan Kita, dengan harga bermula RM249 hingga RM1,699 bagi kategori tempat duduk pasangan.

Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi platform MyTicketEmpire.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Hina PMX Di Facebook, Lelaki Dipenjara Tiga Bulan

0
SEPANG – Seorang lelaki dipenjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat hantaran berunsur penghinaan dan kebencian terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

CATEGORIES