Wednesday, November 11, 2026
HomeBERITAImigresen Selamatkan 16 Wanita Indonesia Disyaki Mangsa Pemerdagangan

Imigresen Selamatkan 16 Wanita Indonesia Disyaki Mangsa Pemerdagangan

ALOR SETAR – Seramai 16 wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia diselamatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Baiduri, Jalan Gangsa, di sini, malam tadi.

Mangsa berusia antara 20 hingga 46 tahun itu diselamatkan dalam operasi yang dijalankan pada jam 11.30 malam menerusi Ops Pintu di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Imigresen Kedah dalam kenyataan memaklumkan, dua lelaki berusia 31 dan 59 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan yang disyaki membabitkan kesalahan pemerdagangan orang.

“Dalam operasi itu, dua lelaki berusia 31 dan 59 tahun ditahan untuk membantu siasatan berhubung kegiatan yang disyaki membabitkan kesalahan pemerdagangan orang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

“Antara barang yang disita dalam operasi berkenaan ialah dua kenderaan, iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota RAV4 dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza, 33 pasport Indonesia serta wang tunai berjumlah RM122,598,” menurut kenyataan itu.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Fazley Lamar Vida Secara ‘Live’, Beri Cincin Bentuk Tiara

0
KUALA LUMPUR – Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob membuat kejutan romantis dengan melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) secara siaran langsung...

CATEGORIES