Wednesday, June 3, 2026
HomeBERITADari dana ke desa: RM1.5 Juta Program Kampung Angkat MADANI untuk Kampung...

Dari dana ke desa: RM1.5 Juta Program Kampung Angkat MADANI untuk Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili

KOTA TINGGI – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi melaksanakan Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili, sekali gus membuktikan komitmen berterusan dalam merapatkan jurang kemudahan asas antara luar bandar dan bandar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah tersebut, RM1 juta merupakan peruntukan maksimum nasional di bawah Program Kampung Angkat MADANI, manakala RM500,000 lagi disalurkan sebagai dana tambahan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Mohamed Khaled ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kampung Angkat MADANI MINDEF di Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili, di sini hari ini.

“Pemilihan Kampung Tuan Seh dibuat berdasarkan dapatan tinjauan yang
menunjukkan liputan kemudahan asas di kampung tersebut berada di bawah
50 peratus. Pelaksanaan tujuh projek utama ini memberi manfaat kepada lebih
1,000 penduduk daripada 200 isi rumah, yang majoritinya terdiri daripada nelayan,
petani kecil dan buruh.

“Kesemua projek dilaksanakan oleh kontraktor tempatan, dengan keutamaan diberikan kepada kontraktor Bumiputera bagi merangsang ekonomi setempat.

“Pelaksanaan program ini melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pertahanan Malaysia, ATM (khususnya kepakaran kejuruteraan daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja), Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Pejabat Daerah Kota Tinggi (PDKT) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI-Kementerian Pertahanan di Pantai Teluk Mahkota, hari ini.

Mohamed Khaled merakam gambar bersama penduduk pada Majlis Perasmian Program Kampung Angkat MADANI MINDEF di Pantai Teluk Mahkota, Tanjung Sedili, di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata antara projek yang dilaksanakan termasuk pemasangan lampu solar, baik pulih Tabika KEMAS, naik taraf balai raya, pembinaan pagar masjid serta pembinaan mercu tanda kampung.

Katanya, secara keseluruhan kerajaan telah memperuntukkan RM200 juta di peringkat nasional bagi pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI, dengan setiap kampung angkat menerima peruntukan maksimum RM1 juta.

“Program Kampung Angkat MADANI, yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2024
dan diteruskan dalam Belanjawan 2025, bertujuan merapatkan jurang kemudahan
asas antara desa dan bandar melalui pendekatan Whole of Government Whole of Society (WoGoS).

“Inisiatif ini juga memperkukuh kerjasama Awam -Tentera (CIMIC) serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap peranan Angkatan Tentera
Malaysia ATM dalam Operasi Ketenteraan Selain Peperangan (MOOTW).

“Pada tahun 2024, Kementerian Pertahanan telah berjaya melaksanakan program ini di Kampung Baru Pasak, Kota Tinggi, sebelum diperluaskan ke Kampung Tuan Seh, Tanjung Sedili pada 2025,” katanya lagi.

Karnival Mini ATM yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2026 turut dibiayai di bawah program sama sebagai platform mendekatkan perkhidmatan kerajaan dan ATM kepada masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Tanjung Sedili, Ali Bathor Ahmad Ramli berkata, pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI telah membawa perubahan yang amat ketara kepada penduduk Kampung Tuan Seh, khususnya dari segi penyediaan prasarana serta kemudahan asas yang lebih selesa.

Ketua Kampung Tanjung Sedili, Ali Bathor Ahmad Ramli

Menurut beliau, sebelum ini penduduk kampung berdepan pelbagai kekangan, terutama kekurangan kemudahan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan urusan bersama penduduk setempat.

“Sebelum ini, untuk mengadakan mesyuarat agak mencabar kerana kemudahan yang terhad. Namun kini, dengan naik taraf balai raya serta kemudahan lain yang disediakan, segala urusan kampung dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan,” katanya.

Tambahnya, pembinaan mercu tanda kampung bukan sahaja menceriakan persekitaran Kampung Tuan Seh, malah turut memberi identiti dan simbol kebanggaan baharu kepada penduduk setempat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES