Wednesday, November 11, 2026
HomeHIBURANPergi Umrah Mesti Ada Kifarah, Dia Masih Isteri Kan – Beego

Pergi Umrah Mesti Ada Kifarah, Dia Masih Isteri Kan – Beego

PETALING JAYA – Masih terkilan suami tidak muncul di mahkamah, pelakon Linda Hashim mendedahkan menerima mesej dipercayai dihantar aktor Beego kepadanya yang mendoakan kecelakaan diri termasuk ketika menunaikan umrah.

Linda atau Norhazlinda Hashim, 41, memaparkan semula komen ditinggalkan lelaki terbabit dalam laman sosialnya.

“Nanti pergi umrah pasti ada kifarah. Baik atau buruk, sebab masih isterikan,” tulis Beego.

Difahamkan komen dikirim pemilik nama lengkap Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, adalah bagi membalas hantaran dibuat Linda di laman sosial.

Kemudian dalam perkongsian sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu secara sinis seperti mempersoalkan kewajaran seorang suami mengeluarkan perkataan seumpama itu terhadap isteri yang mahu mengerjakan umrah.

“Doa seorang suami pada isteri yang nak pergi ke rumah Allah,” katanya dalam perkongsian dibuat.

Terdahulu, pada Februari lalu aktres berkenaan memfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman.

Prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 16 Disember lalu ditangguhkan ke 21 Januari 2026 susulan ketidakhadiran Beego atas alasan menghadiri urusan kematian ahli keluarganya.

Linda yang kecewa mendakwa pihaknya mempunyai bukti kukuh punca sebenar ketiadaan lelaki terbabit pada sesi pendengaran pengesahan lafaz taklik tersebut.

Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Sumber – KOSMO ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

5 Jambatan Unik Di Dunia, Salah Satunya Terletak Di Langkawi

0
KUALA LUMPUR – Jambatan bukan sekadar menjadi laluan penghubung antara dua kawasan, malah ada yang dibina dengan seni bina luar biasa sehingga menjadi tarikan...

CATEGORIES