Wednesday, November 19, 2025
HomeSUKANTrent Alexander-Arnold Pulang Sebagai Musuh Anfield

Trent Alexander-Arnold Pulang Sebagai Musuh Anfield

LIVERPOOL, England: Trent Alexander-Arnold kembali ke Liverpool awal pagi Rabu ini dengan kedua-dua pemain dan bekas kelab zaman kanak-kanaknya bergelut menyesuaikan diri selepas perpisahan penuh emosi itu.

Beberapa meter dari tempat pemain England itu akan melangkah masuk ke Anfield, masih terpampang mural besar dirinya dalam jersi merah dengan kata-kata: “Saya cuma budak biasa dari Liverpool yang impiannya jadi kenyataan.”

Perjalanan Alexander-Arnold daripada penyokong kepada juara dua kali Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pemenang Liga Juara-Juara adalah satu kisah dongeng sempurna.

Namun bagi sebahagian besar penyokong Liverpool, pemergiannya selepas membiarkan kontraknya tamat menyebabkan juara EPL itu hanya menerima bayaran nominal, mencalar sedikit legasinya.

Alexander-Arnold malah pernah diejek beberapa kali dalam beberapa bulan terakhir kariernya di Liverpool, walaupun sumbangannya membantu kelab itu merangkul dua kejuaraan liga pertama sejak 1990.

Ketika mengumumkan pemergiannya pada Mei lalu, pertahanan berusia 27 tahun itu menyifatkannya sebagai “keputusan paling sukar dalam hidup saya.”

Sambutan dingin hampir pasti menantinya awal pagi Rabu ini sekiranya dia beraksi buat kali pertama sebagai pemain pelawat di Anfield.

Alexander-Arnold mengakui dia berdepan “emosi bercampur baur” menjelang kepulangannya dan menegaskan tidak akan meraikan jika menjaringkan gol.

Pemain itu berkata, reaksi penyokong terpulang kepada mereka, namun dia akan “sentiasa menyayangi kelab itu.”

“Tidak kira apa pun, perasaan saya terhadap Liverpool tidak akan berubah,” katanya kepada Amazon Prime.

“Saya ada kenangan di sana yang akan kekal sepanjang hayat dan tidak kira bagaimana sambutan saya nanti, itu tidak akan mengubah apa-apa.”

Emosi di sebalik pemergian pemain yang sering dilaungkan peminat sebagai ‘Scouser in our team’ itu turut menutup tumpuan terhadap betapa besar kehilangan yang dirasai Liverpool di tengah padang.

Dia hanyalah satu daripada beberapa pemain yang meninggalkan pasukan dalam rombakan besar skuad kendalian Arne Slot pada musim panas, namun boleh dikatakan paling dirindui antara mereka semua.

Slot kini kerap terpaksa menurunkan pemain tengah terbaiknya, Dominik Szoboszlai di posisi pertahanan kanan kerana Conor Bradley dan Jeremie Frimpong gagal mengisi kekosongan ditinggalkan Alexander-Arnold.

Walaupun sering dikritik kerana kelemahan bertahan satu lawan satu, Alexander-Arnold menjadi pilihan kerana sumbangan besarnya ketika menyerang.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Hilang Pertimbangan, Lakukan Hal Bukan-Bukan’ – Aliff Aziz

0
NAMA terpalit kontroversi panas sehingga menjadi cemuhan umum, pelakon juga penyanyi Aliff Aziz tetap bersyukur mendepani gelapnya sejuring terowong hayat yang harus dijalani. Hampir terduduk...

CATEGORIES