Tuesday, June 23, 2026
HomeBERITATiga Feri Berlabuh Di Dermaga Langkawi Terbakar

Tiga Feri Berlabuh Di Dermaga Langkawi Terbakar

LANGKAWI – Tiga buah feri yang berlabuh di sebuah dermaga di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Zon 4 Langkawi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.29 pagi.

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan tiga buah feri yang didapati sedang marak. “Ketiga-tiga feri itu masing-masing musnah 90 peratus, 70 peratus dan 10 peratus di bahagian kiri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dalam kejadian berkenaan.

Menurutnya, operasi pemadaman melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra, Langkawi dan Padang Matsirat.

“Anggota menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan air dari pili bomba dengan bantuan tangki air serta satu aliran buih,” ujarnya.

Tambah beliau, sebuah feri lain yang tidak terkena api telah ditarik keluar dari kawasan dermaga bagi mengelakkan api merebak.

Kerja-kerja pemadaman masih diteruskan setakat pukul 8 pagi tadi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Syed Saddiq Tak Datang, Mungkin Saya Dah Mati’ – Space...

0
PETALING JAYA – “Kalau Saddiq tak datang, mungkin saya dah mati.” Demikian pendedahan abang kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau...

CATEGORIES