Saturday, April 18, 2026
HomeBERITAPerbelanjaan Awam Dalam Belanjawan 2026 Meningkat Kepada RM470 Bilion

Perbelanjaan Awam Dalam Belanjawan 2026 Meningkat Kepada RM470 Bilion

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 akan menyaksikan pengembangan dalam perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion tahun lalu.

Ia meliputi RM338.2 bilion belanja mengurus (OE) Persekutuan; RM81 bilion belanja pembangunan (DE) Persekutuan; RM30 bilion pelaburan syarikat pelaburan awam berkaitan kerajaan (GLIC); RM10 bilion pelaburan awam-swasta dan RM10.8 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Menjelaskan demikian dalam pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sambil mengekalkan komitmen pada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA), momentum pertumbuhan terus didukung dasar fiskal yang mengembang.

“Belanjawan 2026 akan mengumpul dan mengoptimum sumber negara termasuk dana GLIC, Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat MKD melalui perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion tahun lalu,” katanya.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES