Thursday, May 14, 2026
HomeHIBURANAliff Aziz Dan Ruhainies Tiba Di Mahkamah Dikelilingi 3 Pengawal Peribadi

Aliff Aziz Dan Ruhainies Tiba Di Mahkamah Dikelilingi 3 Pengawal Peribadi

KUALA LUMPUR – Belum selesai, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini bagi prosiding sebutan semula kes khalwat dengan dikawal tiga pengawal peribadi.

Hari ini, Aliff yang lengkap berpakaian serba hitam dan Ruhainies memakai jubah rona coklat diwakili peguam Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani.

Ruhainies yang turut memakai pelitup muka hanya meminta doa bagi urusannya hari ini dipermudahkan.

Sementara Aliff, 33, mengunci mulut dan enggan memberi sebarang respons kepada pihak media mengenai prosiding hari ini.

Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhaniesmenjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tak Kejar Gelaran Raja Rock Negara’ – Amy Search

0
KUALA LUMPUR – Legenda rock tanah air, Datuk Amy Search tidak pernah mengejar sebarang gelaran termasuk Raja Rock Negara selepas lebih lima dekad berkecimpung...

CATEGORIES