500 Srikandi Hadiri Sambutan Hari Wanita Tentera Darat, Disambut Dengan Penuh Pengisian

0
52
Foto: Kosmo

Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Tentera Darat (JKHEWTD) dengan kerjasama Sel
Wanita Tentera Darat telah menganjurkan Sambutan Hari Wanita Tentera Darat Tahun 2024
bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2024.

Bertemakan “Wanita Tentera Darat, Aspirasi Angkatan Hadapan”, sambutan ini telah dihadiri oleh 500 srikandi Tentera Darat Malaysia yang terdiri daripada semua Kor dan Rejimen. Sambutan Hari Wanita TD ini dimulakan dengan forum bertajuk “Memperkasa Daya Ketahanan Wanita Tentera Darat Dalam Mendepani Cabaran Masa Hadapan” yang menampilkan barisan ahli panel dan moderator yang sangat hebat.

Forum yang dikendalikan oleh Leftenan Kolonel Dr. Ts. Maimunah Omar selaku moderator telah berlansung selama 2 jam bersama-sama ahli panel iaitu Dato’ Dr. Junaidah binti Kamaruddin, Mejar Jeneral Datuk Suriakala A/P Suriabagavan (B) dan Brigedier Jeneral Hajjah Fadzilah binti Abdullah TUDM.

Pada sesi seterusnya, para srikandi Tentera Darat Malaysia berkesempatan untuk berdiskusi dalam sesi dialog bersama Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan. PTD turut menyatakan peranan wanita pada masa kini di dalam organisasi tidak dapat disangkal lagi dan peluang untuk kemajuan dan peningkatan kerjaya yang diberikan setara dengan pegawai dan anggota lelaki.

Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Darat merangkap Penasihat JKHEWTD, Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, barisan Pengarah-pengarah dan Pengerusi Hal Ehwal Wanita Kor dan Rejimen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here