Tuesday, February 18, 2025
HomeBERITA5 Didakwa Membunuh, Bekalkan Liam Payne Dadah

5 Didakwa Membunuh, Bekalkan Liam Payne Dadah

GENAP dua bulan kematian ahli kumpulan One Direction, Liam Payne yang terjatuh dari balkoni hotel di Buenos Aires, lima individu didakwa di Argetina.

Pendakwa raya memaklumkan tiga daripada lima individu terbabit didakwa membunuh dan dua lagi membekalkan dadah kepada penyanyi Britain itu.

Menurutnya, dua individu terakhir diperintahkan untuk ditahan manakala yang lain dibenarkan kekal bebas.

Pada 16 Oktober lalu, dunia dikejutkan dengan berita Payne atau nama sebenarnya, Liam James Payne, 29, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni hotel di Buenos Aires, Argentina.

Punca kematian Liam masih menjadi tanda tanya ramai meski maklumat awal mendakwa tragedi terbabit ada kaitan dengan dadah dan minuman keras.

Hasil siasatan mendapati bilik penginapannya berselerak selain berlaku beberapa kerosakan termasuk televisyen.

Malah, pihak berkuasa tempatan turut menemui ubat jenis clonazepam yang digunakan untuk mengawal epilepsi serta serangan panik.

Kunjungan Payne bersama kekasihnya, pempengaruh Kate Cassidy ke Argentina adalah untuk menyokong dan muncul di konsert bekas anggota One Direction, Niall Horan.

Begitupun, teman wanita mendiang pulang sendirian ke Florida, Amerika Syarikat dua hari sebelum kematiannya selepas berlaku pertengkaran.

Teman rapat pempengaruh yang sudah bersama Payne sejak dua tahun lalu itu menyatakan pasangan terbabit sudah dua minggu berada di Argentina yang sepatutnya hanya percutian lima hari.

Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun, Bear hasil hubungan dengan bekas kekasihnya juga penyanyi Cheryl Cole.

Pada 21 November lalu, Payne dikebumikan secara tertutup di Amersham, Buckinghamshire, London dan kesemua bekas anggota One Direction hadir memberikan penghormatan terakhir. – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Polis Selamatkan Pemandu Kereta Dari Rentung

0
SHAH ALAM – Tindakan pantas dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada rentung selepas kenderaannya terbakar setelah bertembung dengan trak...

CATEGORIES