4×4 Terjunam Ke Dalam Tasik, Tiga Maut Termasuk Kanak-Kanak

0
45
Foto: Harian Metro

MUKAH, 20 Oktober- Tiga termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam tasik di Jalan Kem Balak Pelugau di Selangau Sarawak.

Kanak-kanak malang itu dipercayai warga Indonesia, berusia enam tahun.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias, mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

“Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Robin Kehing, Dominic Serang dan Hidyaat, masing-masing berusia 34,33 dan 6 tahun.

“Siasatan mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa dari Rumah Panjang Osey menuju ke Kem Balak Pelugau telah hilang kawalan berikutan laluan licin sebelum terjunam ke dalam danau,”katanya.

Rizal memaklumkan, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here