Friday, January 24, 2025
HomeLUAR NEGARA400 Pelarian Rohingya Hanyut Di Laut Andaman

400 Pelarian Rohingya Hanyut Di Laut Andaman

GENEVA, SWITZERLAND – Kira-kira 400 pelarian Rohingya yang menaiki dua bot hanyut di Laut Andaman selama dua minggu, demikian menurut Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam gesaan kepada negara-negara serantau agar membantu mereka, lapor laman berita Wion News.

Kedua-dua bot tersebut dilaporkan datang dari Bangladesh.

“Kira-kira 400 kanak-kanak, wanita dan lelaki berdepan kematian setiap saat sekiranya tiada langkah diambil untuk menyelamatkan nyawa mereka,” kata jurucakap serantau UNHCR, Babar Baloch.

Baloch percaya bahawa keadaan itu jika dibiarkan berterusan, berisiko mencetuskan tragedi serupa seperti  yang pernah berlaku pada Disember 2022.

Dalam insiden tersebut, kira-kira 180 pelarian Rohingya hilang dalam apa yang disifatkan sebagai insiden paling buruk yang berlaku di rantau tersebut.

Sementara itu, kapten salah sebuah bot yang hanyut memberitahu agensi berita Associated Press bahawa sekitar 180 hingga 190 orang yang menaiki bot itu kehabisan makanan dan minuman selain enjinnya turut rosak.

Kapten yang dikenali sebagai Maan Nokim itu berkata, bot tersebut berada kira-kira 320 kilometer dari pantai barat Thailand, namun lokasi sebenar mereka tidak diketahui.

“Mereka yang berada di dalam bot  termasuk 58 kanak-kanak, 45 wanita dan 36 lelaki. Ia  merupakan jumlah biasa bagi pelarian Rohingya  yang melakukan perjalanan laut,” katanya.

Bagaimanapun, seorang jurucakap tentera laut Thailand menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai bot-bot itu.

Sumber: Kosmo

MADN
MADNhttp://www.medialahmy.com
Media Massa, Netizen Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bagnaia Wajar Jadi Keutamaan Ducati

0
MILAN – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui adalah wajar untuk Francesco Bagnaia diberi keutamaan tetapi yakin Ducati akan tetap memberikan layanan sama...

CATEGORIES