35,802 PATI Telah Diusir Sejak Januari

0
39
Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin (PATI) sejak Januari hingga November lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya turut menahan 58,774 pendatang asing dan 289 majikan hasil 103,124 pemeriksaan menerusi 9,164 operasi dijalankan di seluruh negara bagi tempoh sama.

Katanya, fokus utama Jabatan Imigresen ialah memastikan tiada majikan yang menggajikan pendatang asing selari dengan pengusiran dijalankan.

“Adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana majikan yang menggajikan pendatang asing bagi berurusan atau berniaga atau menggajikan mereka yang mempunyai pas lawatan kerja sementara di tempat lain,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas operasi khas di Kompleks Kota Raya, di ibu negara.

Terdahulu, dalam operasi khas berkenaan, seramai 330 pendatang asing pelbagai warganegara ditahan hasil pemeriksaan terhadap 350 individu.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 215 wanita dan 115 lelaki termasuk kanak-kanak warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Pakistan, Filipina dan China.

“Semua warga asing yang ditahan berusia lingkungan tujuh bulan hingga 70 tahun dibawa ke Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here